1. (PPE) yang sesuai, menentukan bila masa PPE

1.
        PENDAHULUAN

 

            Garis
panduan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari
1994 bertujuan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang
ditempat kerja.  Akta ini digubal berdasarkan
konsep peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama bagi memastikan keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja terhadap orang yang mewujudkan risiko dan bekerja
dengan risiko.  Akta ini mempunyai 67
seksyen yang dibahagikan kepada 15 bahagian dan dilampirkan dengan tiga jadual.
Peranan dan tanggungjawab majikan seperti peruntukan bahagian 4 seksyen 15 AKKP
1994, melaksanakan sistem yang selamat dan sihat dengan menilai bahaya di
tempat kerja, membuat penaksiran risiko dan mengambil tindakan yang sewajarnya
dalam memastikan bahaya dihapuskan atau dibendung, menyediakan keperluan
keselamatan seperti Personal Protective
Equipment (PPE) yang sesuai, menentukan bila masa PPE digunakan,
menyediakan latihan dan arahan serta memantau dan mengkaji KKP dari masa ke
semasa.1

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

2.
        TUJUAN

 

            BRL
9010 Manual Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
diwujudkan bertujuan membantu semua peringkat formasi melaksanakan sistem
pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam TLDM dengan lebih teratur dan
berkesan.  Kewujudan manual ini selaras
komitmen pengurusan tertinggi TLDM untuk menyediakan suatu persekitaran kerja
yang selamat dan sihat untuk Navy People termasuk keluarga mereka, pekerja
awam, kontraktor dan sesiapa jua yang berurusan dengan TLDM. Walaubagaimanapun,
perkara yang dimuatkan di dalam manual ini adalah secara umum.  Oleh itu, manual ini boleh dibaca bersama
publikasi yang lain seperti PA TLDM, BRL 3000, BRL 4000, Perintah Tetap Kapal/
Unit dan sebagainya.  Garis panduan bagi
kerja-kerja atau aktiviti berisiko yang dimuatkan di dalam manual ini
merangkumi semua unit dan warga TLDM dalam semua bidang.  TLDM melaksanakan Sistem Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPPKP) untuk menentukan keselamatan dan
kesihatan anggota sentiasa terjamin.  Namun
begitu, semua aset dan tempat kerja di kawasan milik Angkatan Tentera Malaysia
tidak tertakluk kepada AKKP 1994 namun semua organisasi dikehendaki mengamalkan
budaya kerja selamat dan digalakkan untuk dipersijilkan dengan OHSAS (Occupational Health and Safety Management Systems) 18001: 2007 atau terkini. OHSAS ialah standard yang dibangunkan oleh pasukan
OHSAS, iaitu persatuan yang melibatkan agensi kerajaan, badan pensijilan,
standard kebangsaan, persatuan industri dan perunding. OHSAS 18001 berfungsi
membantu organisasi mewujudkan sistem pengurusan untuk mengurus dan mengawal
risiko kesihatan dan keselamatan dan meningkatkan prestasi OH&S mereka.

 

3.
        PERBINCANGAN

 

3.1       Objektif

 

            SPPKP
yang dilaksanakan dalam TLDM adalah berdasarkan Malaysian Standard 1722: Part
1: 2005. Keperluan dalam MS 1722: Part 1: 2005 adalah hampir sama dengan OHSAS
18001:2007.  SPPKP ini mengandungi
elemen-elemen polisi, organisasi, perancangan dan pelaksanaan, penilaian serta
tindakan penambahbaikan yang berterusan.  Objektif SPPKP dalam TLDM adalah untuk
mengurangkan serta menghindar kemalangan semasa bekerja, mengurang serta
menghindar penyakit yang dikaitkan dengan pekerjaan, menjaga kebajikan semua
peringkat anggota tentera dan orang awam yang berurusan dengan TLDM,
meningkatkan tahap keyakinan dan produktiviti semua peringkat anggota,
meningkatkan imej TLDM dan juga mengurangkan kos rawatan dan kos selenggaraan.

 

            Perkiraan
dan langkah-langkah untuk pelaksanaan sistem yang perlu diambil ialah seperti Panglima
Formasi atau Pegawai Memerintah adalah bertanggungjawab dalam pengurusan
keselamatan serta mengambil langkah-langkah tertentu dalam melaksanakan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).  Antara
langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti prosedur induksi untuk
pegawai dan anggota baru atau apabila menghadapi sesuatu penugasan baru, pemilihan
dan penempatan anggota sesuai dengan pengetahuan serta kecekapan mereka, program
berkala untuk latihan KKP bagi setiap tugas, penyediaan dan pengemaskinian
prosedur kerja selamat, peraturan keselamatan, bahan berbahaya dan pelan
tindakan kecemasan. Perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada semua anggota di
tempat kerja dan seterusnya dikuatkuasakan pematuhannya, pengawalan risiko di
tempat kerja melalui pemeriksaan serta pengawasan dan perolehan dan
penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) bagi peralatan serta
kelengkapan.  Selain itu, Panglima
Formasi atau Pegawai Memerintah juga perlu memantau pengawasan dan penyelarasan
yang berkesan ke atas kerja-kerja penyelenggaraan, sistem laporan, siasatan dan
analisis ke atas kemalangan, penyakit serta kejadian berbahaya di tempat kerja,
pemilihan, penyediaan dan pengawasan penggunaan kelengkapan perlindungan diri
(PPE) dan alat-alat keselamatan yang lain, pengawasan kesihatan yang menyeluruh
bagi setiap anggota yang terdedah kepada risiko kesihatan, program memupuk
kesedaran dan minat terhadap keselamatan serta kesihatan seperti mengadakan
kempen, ceramah dan pertandingan keselamatan, kaedah komunikasi yang berkesan
di antara pihak atasan dan anggota melalui saluran Jawatankuasa KKP,
perbincangan, cadangan, buletin, papan kenyataan dan sebagainya.  

 

3.2       Pengurusan

 

            Keberkesanan
dalam mengurus KKP tidak hanya dinilai berdasarkan dokumentasi sahaja tetapi
hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh meliputi elemen-elemen seperti berikut
kepimpinan, pengagihan tanggungjawab, penyelenggaraan keadaan tempat kerja
serta amalan kerja selamat dan sihat, latihan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, sistem merekodkan kemalangan, kemalangan nyaris (near miss) dan
kejadian, sistem kesihatan dan pertolongan cemas dan penyediaan PPE.  Pegawai Memerintah adalah bertanggungjawab
menguruskan KKP bagi memastikan tiada kemalangan di tempat kerja.  Antara langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan adalah seperti berikut kepimpinan melalui teladan dimana pihak
atasan perlu menunjukkan sikap kepimpinan melalui teladan dengan mengamalkan
budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja, menganggap SPKKP sebagai satu
tanggungjawab iaitu pihak atasan hendaklah menganggap bahawa pengurusan SPKKP
di tempat kerja merupakan satu tanggungjawab yang asasi demi menjaga kebajikan
anggota-anggotanya.  Pihak atasan perlu
melaksanakan dan mengisytiharkan dasar SPKKP dengan cara pelaksanaan pengurusan
dasar SPKKP bukan hanya dalam bentuk dokumen tetapi perlu dipraktikkan bagi
memastikan kemalangan tidak berlaku di tempat kerja.

 

3.3       Tanggungjawab

 

            Dalam
SPKKP, semua yang berada di tempat kerja perlu diberi tanggungjawab bagi memastikan
kemalangan tidak berlaku.  Tanggungjawab
yang dimaksudkan adalah seperti setiap yang berada di tempat kerja perlu tahu
mereka bertanggungjawab menjaga SPKKP sama ada bagi diri mereka sendiri ataupun
orang lain yang berhampiran.  Tanggungjawab
ini saling berkait antara satu sama lain.  Di samping itu Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (PKKP) mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat
nasihat dan membantu pihak lain selain daripada Pegawai Memerintah terutama
dalam hal-hal yang berkaitan dengan SPKKP. 
Kaedah penyelenggaraan tempat kerja yang selamat serta mengamalkan cara
kerja selamat dan sihat bertujuan untuk menghapus atau mengurangkan
kemalangan.  Oleh yang demikian,
penyelenggaraan yang berterusan boleh memastikan kemalangan tidak berlaku.  Antara langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan adalah seperti  melaksanakan
pemeriksaan dan audit bertujuan untuk mengenal pasti bahaya dan kemungkinan
terjadinya kemalangan.  Pemeriksaan yang
sistematik boleh membantu meningkatkan tahap SPKKP di tempat kerja dan juga
memberi kesedaran kepada anggota betapa pentingnya menjalankan kerja dengan
selamat dan sihat.  Setiap pemeriksaan
hendaklah direkodkan dan diambil tindakan susulan serta pembetulan yang segera
bagi memastikan tiada kemalangan berlaku.  Salah satu kaedah mengawal risiko ialah
melalui Kawalan Kejuruteraan (Engineering Control). Setiap peralatan atau mesin
hendaklah diperiksa kerana kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku ketika
mengoperasi peralatan tersebut.  Tindakan
perlu diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan terhadap anggota dengan melaksanakan
modifikasi ke atas peralatan terbabit seperti memasang pelindung (guard), exhaust ventilation, safety lock dan sebagainya.  Prosedur penerimaan dan pembelian peralatan
serta bahan yang digunakan di tempat kerja perlu diberi perhatian yang sewajarnya
dengan mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan.  Setiap peralatan dan bahan yang digunakan
perlu disertakan Material Safety Data
Sheet (MSDS) sebelum diserah kepada pengguna untuk memastikan ia selamat
semasa digunakan oleh anggota.  Semua peringkat
anggota juga tidak boleh memandang ringan terhadap prosedur pelupusan
peralatan-peralatan dan bahan-bahan yang digunakan oleh TLDM.  Peralatan-peralatan dan bahan-bahan
terutamanya yang mengandungi toksik serta memberi ancaman kesihatan perlu
dilupuskan mengikut prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan pihak
berwajib.    Penyelia atau anggota terkanan perlu
mengawasi anggota supaya bekerja secara selamat dan sihat dengan pemakaian PPE
yang betul, menjalankan proses mengikut arahan dan mengamalkan cara bekerja
mengikut prosedur.

 

3.4       Peranan

 

            Markas
Tentera Laut (Mk TL) perlu menyediakan latihan kepada semua peringkat sama ada
peringkat pengurusan, penyelia dan anggota bawahan. PKKP dan Jawatankuasa KKP
juga perlu diberikan latihan yang berterusan terutama yang berkaitan dengan
tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan. Pada asasnya, semua peringkat yang
dinyatakan tadi perlu mengetahui dan memahami peraturan sedia ada dan betapa
pentingnya SPKKP. Kejadian yang melibatkan kemalangan atau near miss yang berlaku di tempat kerja hendaklah disiasat,
direkodkan dan diambil tindakan pembetulan. Ia hendaklah dilaporkan ke Markas
Formasi masing-masing.  Ia juga hendaklah
direkodkan dan disimpan dalam tempoh 10 tahun. 
Sekiranya kadar kemalangan adalah tinggi, ini menunjukkan sistem
pengurusan yang dilaksanakan adalah bermasalah.  Rekod kemalangan disimpan untuk menilai sama
ada latihan yang diberikan kepada anggota dan program penyelenggaraan tempat
kerja benar-benar berkesan.  Sekiranya
kadar kemalangan masih tinggi, menunjukkan latihan dan penyelenggaraan tempat
kerja tidak mendatangkan kesan yang berkemungkinan disebabkan anggota tidak
faham atau latihan yang diberi tidak sesuai atau program penyelenggaraan tidak
sistematik.  Penyimpanan rekod-rekod
kemalangan juga dapat membantu pengurusan mengukur pencapaian yang
diharapkan.  Kadar kemalangan yang rendah
menunjukkan satu pencapaian yang baik bagi pihak atasan namun ianya perlu
dibuat penambahbaikan secara berterusan. 
Langkah-langkah pemantauan kesihatan dan bantuan kecemasan yang perlu
diambil tindakan oleh pihak atasan seperti memantau dan menilai kemungkinan
terjadinya kemalangan di tempat kerja.

            Persediaan
berikut juga perlu diadakan bagi menghadapi keadaan yang tidak diingini iaitu
pra-pengambilan penempatan anggota.  Pihak
atasan perlu mengetahui penyakit, alahan atau kelemahan seseorang anggota
sebelum diambil bekerja dan ditempatkan di sesuatu kawasan kerja.  Sekiranya sesuatu tempat kerja mempunyai
risiko penyakit, pihak atasan perlu mengadakan program pengawasan perubatan
sebagai sebahagian daripada SPKKP.  Program
pengawasan ini merupakan satu pengawasan ke atas anggota yang telah atau
mungkin akan mendapat penyakit.  Kebersihan
dan kekemasan tempat kerja (house keeping).  Kebersihan dan kekemasan tempat kerja boleh
mengurangkan risiko kemalangan dan penyakit.  Pihak atasan hendaklah menyediakan pelan
tindakan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan atau bencana serta pihak atasan
perlu memenuhi keperluan PPE untuk setiap anggotanya bagi menjalankan tugas
dengan selamat dan sihat.

 

            Bagi
menentukan SPKKP dapat berjalan lancar, organisasi pengurusan KKP hendaklah
diwujudkan.  Dalam aspek keselamatan di
dalam kapal, pangkalan, pesawat dan kapal selam, agihan tanggungjawab adalah
seperti Markas Tentera Laut bertanggungjawab merumus dan mengemas kini dasar,
peraturan dan arahan dalam segala aspek keselamatan dan kesihatan,
mengkoordinasi kursus dan latihan serta menyediakan modal insan secara
berterusan dalam segala aspek keselamatan dan kesihatan,  memastikan perlaksanaan dasar, peraturan dan
arahan dipatuhi dan diikuti dengan betul bagi menjamin keselamatan dan
kesihatan kepada warga, mengeluarkan penentuan dan piawaian untuk pembelian dan
peralatan baru berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan, perantara dengan
agensi kerajaan dan swasta yang lain di dalam atau luar Kementerian Pertahanan
dan menubuhkan Sel Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan
Jawatankuasa Pemandu Peringkat Markas Tentera Laut.

 

            Manakala
Markas Armada dan Markas Wilayah Laut pula perlu memberi nasihat dan bantuan
mengenai aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,  menjalankan penyiasatan ke atas sebarang
kejadian yang melibatkan keselamatan dan kesihatan, menjalankan pemeriksaan
tahunan terhadap kapal dan pangkalan TLDM dalam segala aspek keselamatan dan
kesihatan, menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
dan melantik PKKP yang berkelayakan di peringkat formasi. 

 

            Di
samping itu, Markas Sistem Armada perlu membantu Markas Tentera Laut mengeluarkan
penentuan dan piawaian untuk pembelian dan peralatan baru berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan, menyelaras kajian dan penyelidikan terhadap aspek
keselamatan berdasarkan perkembangan semasa, membantu Markas Armada di dalam
menjalankan penyiasatan ke atas sebarang kejadian yang melibatkan keselamatan
dan kesihatan.  Bagi peringkat unit  Pegawai Memerintah hendaklah melantik PKKP
yang berkelayakan dan menubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP).  Beliau juga hendaklah menentukan
setiap anggota mengetahui dan mempunyai kesedaran berkenaan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja serta berupaya untuk bertindak dalam menangani
sebarang insiden melibatkan keselamatan.   Setiap
anggota perlu memahami perkara berikut pelan kontingensi dan Emergency Rescue Plan (ERP) kapal atau pangkalan,
tindakan semasa kebakaran, kebanjiran dan kecemasan, cara menyelamat mangsa,
asas pertolongan cemas seperti first aid
dan Cardiopulmonary Resuscitation
(CPR), penempatan peralatan seperti Alat Pemadam Api Kecil (APAK), Alat Pemadam
Api Utama (APAU), hose reel dan
sebagainya, prosedur penggunaan setiap peralatan yang ada di kapal atau pangkalan,
latihan bagi pelbagai jenis peralatan seperti APAK, APAU, hose reel dan sebagainya dilaksanakan bagi mengelak kejadian yang
lebih besar demi menjaga keselamatan anggota dan aset TLDM, memakai PPE sebelum
melaksanakan sesuatu kerja seperti topi keselamatan, sarung tangan, kasut
keselamatan, gogle, ear defender dan lain-lain serta poster
dan simbol hazard yang terpasang di
tempat kerja.

 

3.5       Piawaian

 

            Metodologi
untuk mengenal pasti dan menentukan jenis dan pengelasan keselamatan dan
kesihatan Peringkat Hierarki (Hierarchy of Orders) berikut digunakan iaitu Malaysian Standard (MS).  Organisasi ini ditubuhkan oleh Kerajaan
Malaysia bagi menentukan piawaian, kualiti peralatan dan sistem yang digunakan
mematuhi dan menggunakan teknologi terkini.  Kedua, Naval
Standard/Military Standard.  Dokumen
ini digunakan bagi mencapai piawaian tertentu bagi pengoperasian sistem,
menentukan keperluan peralatan dipenuhi dan kesesuaiannya dengan keperluan
logistik.  Ia juga digunakan oleh
organisasi bukan tentera, organisasi teknikal dan sektor industri.  Ketiga BR/BRL.  Rujukan dan panduan dari kedua-dua dokumen
ini dipraktikkan oleh Royal Navy, US Navy, Australian Navy dan TLDM bagi menentukan tatacara, pengoperasian,
peraturan dan prosedur keselamatan dipatuhi. 
Keempat iaitu International
Standard.  Antaranya ialah International Maritime Organisation
(IMO) yang bertujuan membangun dan mengekalkan peraturan perkapalan melibatkan
keselamatan, alam sekitar, keselamatan perkapalan dan sebagainya.  International
Convention for the Safety of Life at Sea (SOLAS) adalah satu perjanjian
yang melindungi kapal-kapal dagang seperti bot dan pelampung keselamatan, distress signal dan lain-lain.  National
Fire Protection Association (NFPA) bertujuan mengekalkan piawaian dan
keperluan terhadap aktiviti pencegahan dan melawan kebakaran dari aspek
latihan, peralatan, piawaian dan kod keselamatan. 2

 

 

3.6       Pengurusan Risiko

 

Pengurusan risiko adalah kawalan proaktif hazard di mana kita mampu mengenal pasti hazard,
menilai risiko dan seterusnya mengawal risiko sebelum ia mengakibatkan
sebarang kemalangan. Adalah tidak praktik untuk mendapatkan tempat kerja
yang bebas daripada hazard kerana setiap proses di dalam aktiviti
pekerjaan mempunyai elemen hazard.  Maka cara yang terbaik untuk mendapatkan
perlindungan daripada hazard adalah melalui pengurusan risiko yang
komprehensif dan berkesan.  Pengurusan
risiko adalah kawalan proaktif hazard di mana kita mampu mengenal pasti hazard,
menilai risiko dan seterusnya mengawal risiko sebelum ia mengakibatkan sebarang
kemalangan. Pencapaian pengurusan risiko perlu dipantau secara berkala dan
berterusan bagi memastikan hazard pekerjaan sentiasa dikawal.  Hazard boleh dikategorikan kepada empat
iaitu Hazard Intrinsik, Hazard Psiko-sosial, Hazard Ergonomik
dan Hazard Alam Sekitar.

 

            Hazard
Intrinsik. Hazard ini adalah bahan
yang sifatnya sendiri boleh mengakibatkan kemudaratan.  Antara contohnya adalah Hazard elektrik.  Hazard ini mengakibatkan kejutan
elektrik, kebakaran akibat berlebihan beban dan menjadi panas serta percikan
api (arcing),  Hazard mekanikal.  Hazard ini berkaitan dengan kuasa
mekanikal yang terdapat pada mesin.  Antara
contohnya termasuk bahagian bergerak, memotong, menyepit, berputar dengan
pantas, menghentak dan menghempap, Hazard
sinaran. Hazard ini terbahagi kepada
dua iaitu hazard sinaran mengion dan
tidak mengion. Hazard sinaran mengion
adalah hazard sinaran yang mampu
mengakibatkan pengionan atom seperti sinar gama, sinar X, zarah alfa, beta dan
neutron.  Sinaran tidak mengion tidak
mampu mengakibatkan pengionan atom seperti sinaran gelombang mikro, infra
merah, gelombang radio, radar dan juga bunyi. Hazard kimia. Hazard ini adalah hazard
yang memberikan kesan kerana sifat fizik dan kimianya serta tindak balas
kimianya. Hazard kimia dinyatakan
dalam bentuk mudahnya terbakar, meletup, keradioaktifan, korosif, toksisiti,
karsinogenisiti, atau teratogensitinya.  Hazard kimia adalah hazard yang paling sukar ditangani walaupun oleh seseorang yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia, biologi dan toksikolgi kerana
terdapat terlalu banyak jenis bahan kimia (buatan manusia atau tabii) di mana setiap
satu jenis bahan kimia ini mempunyai sifat, tindak balas dan ketoksikan yang
berbeza-beza.  Hazard fizikal. Hazard
ini dikaitkan dengan hazard tenaga,
termasuk objek yang jatuh, tergelincir, perlanggaran, tekanan, letupan, bunyi
dan juga sinaran.  Bahan kimia seperti
minyak petrol yang mengakibatkan kebakaran dan letupan juga boleh dikategorikan
sebagai hazard fizikal.  Biohazard
atau hazard biologi.  Biohazard
adalah hazard yang berpunca daripada
benda hidupan.  Misalnya, organisma
patogenik seperti bakteria, virus, kulat dan yis berjangkit. Biohazard ini tidak terhad kepada
kawasan hospital dan makmal perubatan sahaja.  Ia boleh juga didapati di tempat-tempat kerja
lain seperti di tapak pembinaan, kilang atau pejabat.  Antara biohazard
yang sangat diawasi di tempat kerja termasuk virus HIV dan hepatitis di
kalangan anggota berisiko tinggi.  Hazard biologi pula boleh berupa
serangga (seperti nyamuk pembawa penyakit dan lipas), ular, tikus dan
sebagainya yang boleh membawa penyakit atau gigitannya boleh memudaratkan
kesihatan. 

            Hazard
Psiko-Sosial. Kesilapan anggota melakukan pekerjaan dan perbuatan mereka yang
berbahaya adalah penyumbang kepada kebanyakan kemalangan pekerjaan.  Penyebab asas sebahagian daripada kesilapan
dan perbuatan ini berkaitan dengan hazard
psiko-sosial iaitu hazard yang
berkaitan dengan psikologi anggota dan tindak balas mereka terhadap tekanan
sosial. Sikap suka mengambil risiko, suka melanggar peraturan atau
menunjuk-nunjuk tindakan yang berbahaya adalah antara hazard psiko-sosial.  Pengaruh
luaran (seperti kehendak pegawai Pemerintah, keadaan tempat kerja yang tidak
serasi, perhubungan dengan rakan sekerja, desakan rumah tangga atau keluarga)
boleh memberikan tekanan kepada seseorang anggota.

            Hazard
Ergonomik.  Hazard ini berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan
persekitaran kerjanya.  Hazard ergonomik selalunya dikaitkan
dengan kesilapan atau kelemahan reka bentuk kejuruteraan dan proses kerja
memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.  Misalnya, pekerjaan menaip dalam keadaan yang
tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan Tunnel Carpel Syndrome dan sakit belakang.

            Hazard Alam Sekitar. Faktor cuaca
(seperti terlalu panas, sejuk, banjir, kilat, ribut dan sebagainya) dan
sekitaran kerja (seperti terlalu gelap, cerah, bising dan sebagainya) boleh
mempengaruhi cara manusia bekerja dan pencapaiannya. Amnya, tekanan persekitaran
yang ekstrem memberikan kesan negatif kepada cara kerja dilakukan, dan boleh
menyumbang kepada kesilapan manusia.  Tekanan
alam sekitar juga boleh mengubah sifat bahan.  Perubahan dan kelemahan sifat bahan (misalnya,
karat, haus, lusuh dan sebagainya) yang diakibatkan oleh humidity, perubahan suhu yang ekstrem dan sebagainya, jika tidak
diatasi boleh menyumbang kepada kegagalan struktur dan mesin. 3

 

4.
        KESIMPULAN

 

Seiring ke arah transformasi TLDM, cerdik keselamatan dalam pekerjaan perlu dirujuk kepada beberapa bahagian
seperti membuat penilaian risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
adalah dimana kebarangkalian kecederaan yang mungkin berlaku.  Bagi merealisasikan “Safety First” sentiasa menjadi keutamaan setiap Navy People  perlu mempunyai kesedaran dalam diri
terutamanya ketika melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan
terhadap diri dan perkhidmatan di samping prosedur standard operasi sesuatu
peralatan dan bahagian yang telah disediakan sentiasa dipatuhi dalam
melaksanakan tugas atau hal-hal yang melibatkan keselamatan.

x

Hi!
I'm Morris!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out